Maklumat am CTKD

Siti dan Krisdayanti telah merancang untuk menghasilkan album duet yang menampilkan lapan duet mana Siti akan memilih empat komposisi Malaysia manakala Krisdayanti akan memilih empat yang lain dari Indonesia. Album ini dikeluarkan pada 28 Disember di Malaysia dan 27 Januari di Indonesia,[1] di bawah nama CTKD di mana ia adalah singkatan dengan maksud tersirat di mana ia berdiri sebagai akronim bagi kombinasi kedua-dua nama penyanyi, CT dan KD, dan juga sebagai tajuk keseluruhan album, ialah Canda, Tangis, Ketawa dan Duka.[1]

Album enam lagu ini dicipta oleh para penggubah dan penulis terkenal dari Malaysia dan Indonesia, termasuk Aubrey Suwito, Audi Mok, Sharon Paul dan lain-lain lagi agar sesuai dengan nada suara dan harmoni mereka berdua. Album ini juga disertakan 4 runut minus one.[2][3]